Friday, February 25, 2011

Sony Ericsson Ku Dicuri Orang

Bagai satu petanda. Ehem...ehem...hehe....Saya telah kehilangan telefon bimbit Sony Ericsson W705 pada hari ini, Jumaat (25/2/2011) jam 1:45pm exactly 2 minggu sebelum my birthday. Not exactly hilang disebabkan kecuaian meletakkannya di merata-rata tempat, tetapi telah DICURI ORANG. Yup, dicuri ketika sedang sibuk mencuci mata di Jalan TAR. Agaknya fon tu dah merajuk kowt sebab tuan dia selalu meluahkan hasrat untuk membeli iPhone 4....mungkin dah tiba masa dia mencari tuan baru....hehe...  =))

First pakai fon tu in November 2009. Yup, beli sendiri. Kenapa pilih fon tu? Bukan semata-mata sebab ia berwarna pink. (not my topmost favorite color pun) Tapi, sebab tonanya yang seswai dengan design fon tersebut. Untuk makluman, saya memilih fon bukan tengok spec sangat.

Nak dijadikan cerita, lepas main game kat iPhone 4 abang akhir tahun lepas, tergerak lak hati nak pakai fon sama. Tapi, memikirkan fon yang ada masih lagi baru (waktu tu x sampai setahun pakai), hajat itu di-put on hold. Plus, lagi berkenan dengan iPhone 4 yang kaler putih n stock yg tu belum ada lagi. Memandangkan birthday dah dekat, gatal2 la gi masukkan fon tu dalam wish list tahun ni. Dengan harapan ayah akan belikan....hehe...=P

Owh ye, fon je ke yang hilang? TIDAK. 

Sarung nyer...hehe...kad TnG serta kad keahlian Fitness First turut hilang sama kerana telah diletakkan bersekali dalam sarung fon tersebut....

Perkara yang paling menyedihkan ialah saya kehilangan koleksi gambar yang diambil menggunakan fon tersebut. Plus, tidur malamku kini tidak lagi ditemani lagu2 dari playlist fon tersebut. :'(

P/s: Papa, sponsor fon baru yek...=))

No comments:

Post a Comment