Friday, July 12, 2013

Kesempurnaan

Sempurna

Kurasakan cukup sempurna
Kehidupan kurniaan dari-Nya

Keluarga yang bahagia
Rakan2 pengubat duka
Serta kestabilan dalam kerjaya
Ku bersyukur pada-Nya

 
Sempurna

Layakkah ku untuk meminta
Lebih dari yang telah kuterima

Kekasih berupa dan berharta
Pendapatan yang berlipat ganda
Pangkat dan darjat dalam kerjaya
Keindahan dunia semata-mata

 
Sempurna

Benar kita boleh meminta
Tapi tak semuanya milik kita

Walau hati sering bertanya
Walau kekosongan kadangkala dirasa
Apa guna mempertikaikannya
Sedang masa penentu segala

 
Sempurna
 
Kesempurnaan yang kini ku rasa
Kurniaan dari Yang Maha Esa

Tika meminta biar berpada
Sentiasa bersyukur apa yg ada
Tiada lebih, tiada kurangnya
Segala-galanya telah dalam ketentuan-Nya



Thursday, February 28, 2013

Melayu Mudah Lupa - karya Tun Mahathir


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai…

Perjuangan Belum Selesai - karya Tun Mahathir


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Monday, September 10, 2012

WHY??? Coward??

OK, this is emotions talking.



Look around you. This is the world we are living in nowadays. Crimes widespread. Not only in daylight. But even in the presence of other citizens/onlookers. Criminals becoming more daring.

WHY???

Because nobody is brave enough to help or take actions against them.

WHY???

Because they prefer not to be the next target. They prefer to wait for the authorities to arrive. Which would give enough times for the criminals to fled.

So, what is the consequences? ---> CRIMINALS BECOMING MORE DARING BECAUSE NOBODY IS GONNA TAKE ACTIONS AND THEY WOULD HAVE AMPLE TIMES TO DO WHATEVER THEY WERE DOING.

What if this sort of things happen to your family or someone who is close to you? Would you get mad? Would you blame the onlookers for not helping?

I BET YOU DO. Of course, who wouldn't right?

But then, why wouldn't you do the same thing for them? Why wouldn't you help when you see this kind of things happening right in front of your eyes. WHY???

At least try. PLEASE. Don't just stand there. Especially when there are more on your side. THIS IS NOT A FREE SHOW. That should at least scare the criminals away. Remember - THERE IS ALWAYS STRENGTH IN NUMBER.

Tuesday, September 4, 2012

It's over now...

Yeah...I think it is now officially over. At least I will try to end it. For the best.

Not to worry. If he is meant to be mine, eventually he will be. But if he is not, then he will never be.

Cheer up!! I'm all OK with it. ^__^

Tuesday, August 28, 2012

Elle Are Tee

"Yang kat dalam tu boleh rapat sikit?"

"Ada ruang lagi tak?"

"Kawasan kosong tu reserve untuk siapa?"

Haa.....kan best kalau boleh sound macam tu. Tapi..... Apakan daya. Rakyat Malaysia nih sensitif melampau. Nanti dikatanya kita takde adab. Diorang tu apa pulak? 

PENTINGKAN DIRI SENDIRI??

Haish....Please la....Sumer orang pun nak pergi kerja. Bukan korang jek. Dah nampak orang bersesak kat pintu. Yang belah dalam tu boleh buat dunno jek. Ada masalah klaustrophobia? Janji sendiri selesa. Macam tu? Tak ke SELFISH tuh?? Side yang dah macam 'tin sardin' tu ko boleh pandang jek? Haish....setiap kali pun nak kena orang lain tegur dulu. Tak boleh ambil inisiatif sendiri ke? Dah besar kan? Boleh fikir sendiri kan?

Itu lah dia. Buat orang lain pulak serba salah. Nak tegur salah. Tak tegur kang, kesian yang side 'tin sardin' tu pulak. Manja. Sensitif. Tak boleh ditegur sikit. Tapi tak boleh nak fikir sendiri. Apa la nak jadi kome2 nih. 

Haish....

Bak kata Nabil...LU PIKIRLAH SENDIRI!