Thursday, March 31, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Ada yang sebut Mereng Wangsa Maju, even ada yang tersasul sampai tersebut Metro Wangsa. X kesah la apa pun yang orang nak panggil, yang penting kita faham. Itulah penangan cerita Hikayat Merong Mahawangsa (anak saudara Merong Mahasuasa). Awal2 dulu pun memang berbelit jugaklah lidah nak menyebutnya. Perkara pertama yang buat orang nak tengok cerita ni? Sebab lagu OST dia best - Sedetik Lebih by Anuar Zain.

So, perkara yang ingin dikongsi pada hari ini ialah saya telah menonton cerita tersebut di panggung sebanyak dua kali FOC. I LOIKE SANGAT......Almaklum la...siapa x suka benda free kan? Even artis2 hollywood yang kaya-raya pun suka barang sponsor. ;-D

Malam semalam pergi tengok second round dengan Pingu, YBTM II KPKK (YBM x dapat join) dan trio KRU di GSC Signatures, The Garden. First time aritu tengok dengan mama on 12 March@ Pavilion.  ;-P

Memandangkan dah tengok dua kali, rasanya bole la kowt dijadikan topik entry kali ni memandangkan tiada idea lain buat masa sekarang ni. Kepada yang belum lagi tengok cerita tu, jangan risau. Saya tak bagi sinopsis. Yang tu boleh cari dekat internet. Saya cuma nak komen sikit je.

Secara keseluruhannya, for me cerita ni memang memuaskan. Tak tau la kalau my expectation yang rendah. As we all know, satisfaction relies on level of expectation. Tapi..... ada tapinya.....

Memandangkan saya seorang yang bersandar pada logik akal, ada dua kelemahan ketara dalam cerita ni yang buat saya rasa x puas hati.

Plot 1 - serangan pertama di tepi pantai.
Macamana pulak tiba-tiba semua tentera geruda yang beramai-ramai itteww boleh rebah selepas menumbangkan menara pemantau tempat Merong berdiri? Itu, hanya tuan direktor yang tau.

Plot 2 - cermin Archimedes
Part ni rasa macam kelakar sikit. Siapa yang dah tengok boleh faham la kowt. Senang cerita, cuba la buat lakonan semula. Sama tak kebakaran yang terhasil? ;-P

Yang ni dari cam Shariff
Tapi, semua tu tak berapa penting. Yang penting kita dapat belajar pasal hikayat tu kan? Bagus jugak la usaha Abg Yusry untuk menyampaikan cerita tu pada penonton. Penamat pun ok, tak tergantung. Semua puas hati. Kannnnnn????

Sebelum balik tu sempat la bergambar dengan Abg Edry. Abg Norman pergi hantar YBTM. Abg Yusry pulak, mula2 ada. Tak sempat nak ajak bergambar, tup2 terus hilang. Mana entah dia pergi. Menyorok agaknyer. (^__^)"

Masa tengah tunggu lif depan Red Box tu, tetiba pulak Marsha keluar dari Red Box. Berlatih vokal agaknya. Apa lagi, 1 shot gambar la. *ntah berapa kali tekan lif da....asek tak jadi masuk jek...hikhik...* 

P/s: Terima kasih diucapkan kepada saudara Munawer kerana sudi mengambilkan gambar saya menggunakan DSLR anda. Cepat2 upload yek.

2 comments:

  1. ANDA KELIHATAN SHWEET DENGAN PINGU!

    ReplyDelete
  2. Eh? Ni sape pulak? Bukan nampak schweet dengan Abg Edry kew??

    ReplyDelete