Thursday, February 24, 2011

B.O.S.A.N (ini adalah entry yang membosankan - jangan baca kalau xnak menyesal)

Awal2 tahun ni, kemasukan beban tugas tersangatlah perlahan sehingga menyebabkan kebosanan terlampau. Saya tidak sibuk sepanjang tahun. Beban tugas datang secara berkala. Kebiasaannya, akan menjadi sangat-sangat sibuk di penghujung tahun. Biasalah, kerja kat Bahagian Kewangan. Oleh kerana beban tugas yang ada sekarang tersangatlah sedikit, saya mengambil keputusan untuk menulis entry ini. 

Sebagai makluman, saya menguruskan perolehan Sebut Harga dan Pembelian Terus bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia(KPKK). Saya bermula dengan Pembelian Terus dan  mengambil alih portfolio Sebut Harga pada pertengahan tahun 2010. Menuju ke akhir tahun, bebas tugas bertambah dengan banyaknya sampai tak cukup tangan nak buat kerja. OT dah menjadi satu kebiasaan walaupun tiada elaun diberi. Nasib baik saya dibekalkan dengan 2 orang EO dan 3 PT untuk membantu melancarkan tugasan yang banyak itteww. 

Dari sudut beban kerja, terima kasih diucapkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan yang rajin membuat perolehan Sebut Harga, terutamanya di hujung-hujung tahun serta kepada Bahagian Pengurusan Acara yang banyak membuat perolehan  Pembelian Terus untuk pelaksanaan Majlis Rumah Terbuka Malaysia bagi  enam perayaan utama di Malaysia. (Ini bukan perli tapi ikhlas. Walaupun sibuk, at least ada kerja. Takdelah kebosanan macam sekarang ni...huhu...)

Kalau nak diikutkan, dengan beban tugas yang ada sekarang, tiap2 hari pun boleh mengarang entry sebab kurang kerja. Tapi, takde idea lah pulak. (+__+) Itu pun jadi masalah jugak. *sigh*

Biasanya kalau bosan camni, akan cari kawan-kawan untuk berborak. Tapi, kesian la pulak. Diorang sibuk. So, apa nak buat ek??

Ikutkan hati nak je pergi perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Kompleks Kraftangan Jalan Conlay. Tapi, mana boleh pergi time office hour. Itu suicide namanya...hehe....Tambahan pulak big boss ada kat sana untuk perasmian tu. *patut mintak kebenaran untuk escort dia pagi tadi....hehe....sukati jek....*

Ending my entry here.....nak menyibukkan diri mencari kerja. =))

No comments:

Post a Comment